Wednesday, March 17, 2010

Cemburu

Cemburu tuh penting ker dalam sesuatu perhubungan??? How far should u be jealous of ur life partner???

According to this artikel post in Gua.Com.My
"Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan cinta. JIka lansung tiada cemburu pasti hubungan yang terjalin terasa hambar dan tidak berseri."

So macamane nak tau seseorang tuh cemburu ea? what are the criterias that ur partner is jealous??? atau aku yang yang jealous ni apa tandanya??? hurm..

so surf la mencr jawapan so this is the answer

1. Emosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

2. Suka menuduh
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

3. Mencari kesalahan
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

4. Ugut bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

5. Selalu mahu 'berkepit'
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

6. Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

7. Jadi polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

8. Prasangka negatif
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

9. Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

10. Anti bunyi telefon
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan s
uis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

Criteria kat atas yang ain mentioned tuh ada ker pada ain ni?? rasenye is not me... hurm. but lately to tell u the truth biler dah nak dedekat kahwin ni..makin lama makin menjadi2 plak penyakit cemburu ni... kekadang tuh ain pun x tau kenapa diriku jadi begini... Yang si abg ni bukan nak cube pujuk or even elak drpd perasaanku ni bergelodak... Perlukah ku memberi tahu baru si dia nak tersedar bahawa diriku ini tidak suka dengan perbuatannya itu dan memberitahu bahawa daku ni cemburu??? Bukan septutnya si abg ni dah dapat tangkap ker??? Pompuan ni bkn susah pun nak paham. Btl x???

0 comments:

Post a Comment

Urusan Pernikahan

Kursus Kahwin
HIV Test
Ambil borang dari JAINS
Lengkapkan Borang (L)
Lengkapkan Borang (P)
Minta Sign
Hantar
Confirm

Hantaran Checklist

Hantaran Buat Hubby :
- Sirih Junjung
1. Cincin Nikah
2. Tafsir Al-Quran + Sejadah
3. Perfume
4. Kasut + Jam Tangan
5. Baju Melayu + Sampin
6. Wallet + Tali Pinggang + Kemeja
7. Kek
8. Buah- Buahan
9. Bunga Rampai


Hantaran Buat Ayg:
- Sirih Junjung
1. Cincin Tunang (Taka) + Set Jewelleries
2. Wang Hantaran + Mas Kahwin + Jam tangan
3. Al-Quran + Rehal + Sejadah
4. Perfume + Estee Lauder
5. Handbag + Kasut
6. Kain Lace + Satin sifon
7. Clinique
8. Coklat
9. Cup Cake

 

A Tale Of A Bride | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates